ADAKAH ANDA PENGGEMAR KOPI???
Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk
kesihatan.
Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi
Muhamad selain susu dan madu.
Kalau anda suka kopi, anda tidak sendirian. Lebih dari 400
milliar cangkir kopi dikonsumsi setiap tahun, sehingga menjadikannya sebagai
minuman paling popular di dunia. Di Amerika saja, 107 juta orang (52% dari
jumlah populasi) meminum kopi secara rutin setiap hari. 57 juta orang lainnya
meminum kopi beberapa kali seminggu. Dan kalau dulu kopi rata-rata digemari
orang tua, kini peminum kopi terbanyak ialah orang berusia 18-39 tahun.
1) - Mari kita lihat fungsi yang baik dari kopi :
Kopi selama ini dikatakan sebagai minuman yang berguna untuk
menambah energi dan membuat orang berjaga dari mengantuk. Benarkah kopi sehebat
itu? Kandungan utama dalam kopi ialah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang
susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan
jantung. Sebab itu tidak hairan setiap peminum kopi dalam jumlah wajar (1 – 3
cangkir), tubuh kita terasa segar, bergairah, daya pikir lebih cepat, tidak
mudah lelah atau pun mengantuk.
Kafein acap kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap
pada ubat sakit kepala. Pasalnya, kafein memiliki kemampuan mempersempit
pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di
daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala dapat ditanggulangi.
Lebih jauh, kafein dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara
fisiologis, tubuh orang kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika
berolahraga dibanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar
karbohidrat sebagai sumber energi, sehingga kadar gula darah cepat merosot. Ini
sebabnya orang gemuk merasa lapar berlebihan setelah berolahraga dan akhirnya
cenderung makan lebih banyak. Dengan minum 3 cangkir kopi perhari, tubuh orang
gemuk termobilisasi untuk membakar lebih banyak timbunan lemak selama
berolahraga. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber energi siap pakai
berupa asam lemak. Hal ini mendorong tubuh lebih banyak memanfaatkan lemak,
sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Yang perlu diperhatikan
hanya sukatan gula yang ikut masuk bersama kopi.
2) - Kopi bergula tingkatkan prestasi otak :
BARCELONA, Sepanyol - Satu kajian menunjukkan minum secawan
kopi yang bergula boleh meningkatkan kemampuan otak. Saintis-saintis di
Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula pada masa
yang sama meningkatkan prestasi otak. Para penyelidik kini percaya kafeina dan
gula itu meningkatkan fungsi otak seperti daya ingatan.
Hasil kajian itu diperoleh selepas 40 sukarelawan diuji
dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak.
Jurnal Human Psychopharmacology: Clinical and Experimental
menyiarkan hasil kajian saintis tersebut. Menurut kajian itu, kopi manis
merupakan cara terbaik untuk menyediakan otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan
3) - Khasiat sebaik aroma :
Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’
yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. KANDUNGAN kafein dalam 200
gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. JIKA orang
Jepun menikmati kebaikan teh, orang Perancis mendapat khasiat daripada wain
merah, orang Amerika Syarikat pula (AS) boleh berasa segar dan sihat dengan
kopi. Walaupun kopi bukanlah berasal dari negara itu, tetapi populariti minuman
tersebut di AS semakin besar sehinggakan secara purata, seorang rakyatnya
dikatakan mengambil lebih 200 gram kopi sehari.
Namun hakikatnya, sebelum menempa populariti di AS, kopi
sebenarnya telah menjadi minuman harian di kebanyakan negara lain termasuklah
Malaysia. Hari ini, populariti kopi di AS menjadi pemangkin kepada lebih banyak
kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh saintis untuk melihat kebaikan dan
keburukan di sebalik minuman dari buah kopi yang berwarna kemerahan apabila
masak. Salah satu hasil kajian yang dijalankan sejak lima tahun lalu
mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan
diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam
Harvard turut menyenaraikan fakta tentang melindungi seseorang daripada penuaan
yang menjadi satu lagi nilai tambah kelebihan kopi.
Faktor tersebut didorong oleh beberapa perkara terutamanya
kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam
bijian ini. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi, contohnya mencecah 135 mg,
berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.
Menurut penyelidik nutrisi, Michael Leitzmann, hasil kajian
mendapati kumpulan responden yang mengambil minuman kopi secara teratur dalam
tempoh kajian selama lima tahun mendapati kurang 80 peratus risiko daripada
mereka diserang parkinson.
Selain itu, hasil kajian gabungan dari beberapa pusat
penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti
Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan
menjadi antioksida mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.
Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan, antioksida yang
dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada
radikal bebas.
“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang
disedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik.
Antioksida membantu mengurangkan kemungkinan serangan kanser, jantung dan
strok,” katanya.
Atas manfaat itu, Dr. Vinson mencadangkan kepada orang ramai
agar menikmati secawan kopi sehari.
“Secawan sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah
optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui
terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain
menggalakkan sperma berenang lebih aktif.Namun, katanya, dalam beberapa
penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam
kuantiti yang besar.
“Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil
yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika
dilahirkan. “Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan
wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,”
kata Vinson.