Ikhtiar dan usaha yang berterusan adalah perlu dan elakkan rasa tertekan. dekatkanlah diri dengan Allah S.W.T menerusi amalan-amalan sunat yang akan mengurangkan tekanan dan menguatkan lagi ketakwaan padaNya. Perbanyakkan amal kebajikan seperti sedekah dan puasa sunat semoga dengan cara ini hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan. Terdapat amalan-amalan yang berlandaskan Islam yang boleh diamalkan sebagai salah satu usaha supaya mudah hamil. Lakukan rutin yang dinyatakan di bawah secara konsisten dan dengan penuh harapan agar dimakbulkan oleh Allah S.W.T dan dikurniakan zuriat yang baik dan mendapat zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripadaNya. Insyaallah.
Selepas terbitnya fajar atau sesudah solat Subuh,
- Baca Bismillah.
- Berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 3 kali.
- Kemudian, sujud dan baca kalimah Syahadah 101 kali.
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah S.W.T akan apa yang dihajati. (Contohnya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hambaMu xuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat).
- Selepas lafaz doa, tutup doa tertsebut dengan membaca selawat 3 kali.
- Selain itu, amalkan membaca "YA MUTAKABBIR" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali bagi suami sebelum memulakan hubungan kelamin.
- Manakala isteri pula hendaklah membaca "YA AWWAL" (Yang tiada permulaan adaNya) sebanyak 333 kali setiap hari.
- Isteri juga hendaklah membaca setiap hari "YA ZALJALAALI WAL IKHRAM" (Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan) sebanyak 11 kali dan tiup di dalam air kemudian tersebut perlulah diminum.
Amalan ini perlu dilakukan secara berterusan selagi usaha belum menunjukkan hasil. Janganlah berputus asa kerana sesungguhnya Allah S.W.T amat memurkai orang yang mudah berputus asa. Semoga usaha yang dilakukan akan membuahkan kejayaan dan dikurniakan anak soleh yang membuka pintu syurga kepada kedua ibubapanya. Insyaallah.
******************************************
SUMBER: MAJALAH PA&MA JANUARI 2013 (PAGE: 149)
No comments:
Post a Comment