ULike

banner

Wednesday, August 1, 2012

KURMA

 

Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi,kalsium, sodium dan potasium. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga. Kurma mengandungi banyak khasiat yg tersembunyi. Antara khasiatnya adalah:
  1. menghindar sembelit
  2. membantu melancarkan penghadaman makanan
  3. mengelakkan gangguan dalam usus
  4. mengelakkan cirit birit
  5. membantu menambah berat badan
  6. jantung lebih sihat
  7. mengekalkan sistem saraf sihat
  8. mengubati mabuk
  9. mengelakkan kanser perut
  10.  mencegah buta malam
  11. merawat amenia
  12. membekalkan tenaga
  13. pek nutrisi lengkap untuk wanita mengandung
  14. menguatkan enamel gigi
  15. mencegah kelemahan seksual
 
 

KURMA AJWA (KURMA NABI) DAN KURMA RUTHAB (KURMA BASAH) merupakan makanan disunatkan ketika berbuka.


No comments:

Post a Comment