ULike

banner

Saturday, December 29, 2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W




  1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
  2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
  3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.  
  4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.  
  5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam. 
  6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya. 
  7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan. 
  8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga. 
  9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut. 
  10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari. 
  11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam.




BANJIR OH BANJIR

...26 DECEMBER 2012...HARI INI DALAM SEJARAH...

Sepanjang aku hidup 26tahun, tak pernah2 aku berdepan dengan situasi banjir...Ni la first time dalam hidup berdepan dengan situasi banjir ni....Dengan keadaan berbadan 2 ni....memang super duper punye cabaran la....Air banjir yang naik tu sampai paras peha kot...Bandar Kemaman pun banjir (kat area Taman Chukai Utama - area bank islam,  maybank, nirwana & SMK Cukai). Ni ade sikit kronologi aku buat pasal banjir..Jum layan~


26 December 2012 (Rabu)

4.30 am – Bangun awal sebab kejutkan En Suami pegi keje (nk check in kol 6.00am kt airport kerteh). Before ni ase kene bounce je...
5.00 am – Bukak pintu umah & tengok kete biras & her family depan umah. (mak mertua gtaw yang kawasan umah biras aku tu banjir – kawasan bukit mentok)
5.15 am – En Suami pegi keje & aku sambung tdo...
6.20 am – Bangun & siap2 nak pegi kerja
7.50 am – Dah punch card kat ofis…awal kot aku sampai…hahaha
8.00 am – Start keje la...
8.30 am – En Suami call cari tepon dia (aku bawak pegi ofis..ekekeke) & dia gtaw yang die kene bounce (cantek la tu)
12.00 pm – Asmika call tny & bercerita pasal banjir. Umah dia dah separas pinggang.
12.30 pm – Message k.ba ajak lunch sesame.
1.00 pm – Lunch kt kedai belakang RHB Kerteh wif k.ba sambil sembang2 termasuk isu banjir.
2.00 pm – Masuk ofis & sambung keje sambil2 ber’whatsapp’ ngn family & bakal biras (mcm2 isu yng disembangkan termasuk banjir & gosip mosip)
3.00 pm – Tergerak hati nk call abg (call no umah) tp anak buah yang angkat & terus aku cakap ngn mak mertua…die yg gtaw yang umah naik air…diorg tgh kemas2 umah.
3.15 pm - Call Along & mintak nak balik at that time gak konon2 nak tolong kemas2 barang kat umah. At the same time, Pok Jo pun sampai ofis (dia dari KIPC) sebab die pun nak balik umah gk.
4.30 pm - Sampai kawasan umah tapi bukan kt depan umah sebab dah tak leh nak masuk ke sane, air dh paras betis. Tinggal kete kt kedai Eng Hoe tu & En Suami datang pick up ngn moto. Aku kemas ape2 yang patut (baju & kelengkapan diri). En Suami & mak mertua duk angkat barang2 yang berat. Aku ni tukang jaga anak sedare je la (keadaan tak mengizinkan nak buat keje berat2) - Air dah start masuk dalam umah.
5.30 pm - Biras datang dengan Navara & angkat barang2 yang nak bawak utk tdo kt umah sendiri nanti. Lepas siap2 angkat barang, terus ke sane. Tapi En Suami & mak mertua tak ikut skali. Diorg masih ada bende lagi yang nk kemas.
7.00 pm - En Suami & mak mertua pun sampai kt umah geliga tu. (We all terus lepak kt umah tu sampai tdo - tp En Suami keluar balik malam tu pegi tengok keadaan umah)


27 December 2012 (Khamis)

7.30 am - Message Along & Nizam utk inform yang aku tak pegi keje sebab banjir (padahal memang dh malas nk g keje...hahahaha)
10.00 am - Follow En Suami tengok keadaan umah. Bandar Kemaman dh start jem sebab jalan belah Taman Chukai Utama ditutup sebab kawasan tu pun naik air.
10.45 am - Sampai kawasan umah & aku tgk air makin banyak dari semalam. En Suami & mak mertua pegi mengharung air banjir tu sebab still ade barang2 yang nak diamik & ade nak kemas2 lagi barang2 kt umah tu...Mak Mertua aku tak kasik lak aku follow diorg. Yela, aku kn tengah pregnant. So, aku kene tinggal kt ujung jalan la...kempunan gk la nk main air banjir...hahahaha
11.30 am - Dh siap angkut barang2, balik ke umah sane (B4 tu ade singgah bank & kedai utk tapau makanan)
1.00 pm - Dh siap makan, pasang langsir umah lak & terus lepak kat umah. Berehat.


28 December 2012 (Jumaat)

4.00 am - Tefon En Suami ringing (Adik ipar sampai depan umah)..Sambung tdo...zzzzz
8.30 am - Turun ke dapur & tengok mak mertua & adik ipar tengah siap2 nak tengok umah. Banjir dah surut.
10.00 am - Aku & En Suami pegi umah utk tolong kemas ape2 yang patut (termasuk basuh skali la)...tapi skali lagi, aku tak dibenarkan buat keje berat2...Aku pun lepak je la kt luar rumah tu....rasa bersalah pn ade gk...yela, aku tak sampai hati tengok En Suami, Mak Mertua & Adik Ipar aku bersusah payah basuh umah tu. Kesian weiiii....barang2 umah tu bukan sikit....ape yang aku mampu tolong ialah, tolong pegi kedai beli barang2 yang diperlukan termasuklah air....
1.00 pm - Mintak izin balik umah mak sendiri sebab boring tak buat pape. (nasib abg bagi..hehehe0....
2.30 pm - Singgah umah geliga amik mop & baldi dan terus balik Gong Pauh.
11.50 pm - Balik umah geliga & rehat.


29 December 2012 (Sabtu)

10.00 am - Gerak pegi Gong Pauh (nak sambung basuh umah...dalam bilik belum basuh & usik pape pun lagi)...Singgah Al-Baik makan roti canai dulu)...
11.00 am - Sampai je, terus masuk bilik & packing baju2 yang dalam almari & barang2 yang atas katil. Aku tolong mane2 yang patut je la kn....Angkat mane yang mampu. Tell u what, bilik tu busuk sgt2...huhuhuhu....
4.30 pm - balik umah ma geliga utk basuh baju...hehehe....
9.00 pm - baju siap kering & terus ke Tunas Manja sebab En Suami kirim beli hair dryer..lagi pun aku memang niat nk singgah sane sebab nak beli buah berangan...hehehe..
9.30 pm - sampai umah Gong Pauh, terus lepak ngn En Suami...hehehe....
11.00 pm - Balik & berehat di rumah Geliga...


Arini aku dah start keje balik selepas cuti banjir...mud nak keje pun tak datang lagi ni....h0h0h0h0...pening kepala aku...dush3....


 Jum kita layan gambar2 semasa banjir sekitar kawasan Gong Pauh....












************************************************

NOTE:
  1. Sangat bertuah sebab En Suami belum pegi keje... 
  2. Sangat bernasib baik sebab hadiah2 kawen dah angkat 4/5 hari sebelum kejadian banjir ni...
  3. Lagi bernasib baik sebab belum start beli barang2 baby...
  4. Kebetulan En Suami dah beli rumah sendiri & baru je 2/3 hari beli katil kt umah tu...
  5. Terima Kasih pada Adik Ipar yang sudi balik walaupun dia tak sempai nk main air banjir tu..Sekurang-kurangnya, beban En Suami tu ringan sikit. 
  6. Walaupun ade perabot umah yang rosak, Alhamdulillah sume ahli keluarga aku selamat.

Wednesday, December 19, 2012

CARTA PERENCANAAN ANAK SOLEH




Doa Memohon Mendapat Anak Yang Soleh -Majalah al-Ustaz isu 09

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa". - Furqan ayat 74

********************************************

Tuesday, December 18, 2012

Saturday, December 15, 2012

AMALAN MEMUDAHKAN HAMIL MENURUT ISLAM


Ikhtiar dan usaha yang berterusan adalah perlu dan elakkan rasa tertekan. dekatkanlah diri dengan Allah S.W.T menerusi amalan-amalan sunat yang akan mengurangkan tekanan dan menguatkan lagi ketakwaan padaNya. Perbanyakkan amal kebajikan seperti sedekah dan puasa sunat semoga dengan cara ini hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan. Terdapat amalan-amalan yang berlandaskan Islam yang boleh diamalkan sebagai salah satu usaha supaya mudah hamil. Lakukan rutin yang dinyatakan di bawah secara konsisten dan dengan penuh harapan agar dimakbulkan oleh Allah S.W.T dan dikurniakan zuriat yang baik dan mendapat zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripadaNya. Insyaallah.

Selepas terbitnya fajar atau sesudah solat Subuh,

  • Baca Bismillah.
  • Berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 3 kali.
  • Kemudian, sujud dan baca kalimah Syahadah 101 kali.
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah S.W.T akan apa yang dihajati. (Contohnya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hambaMu xuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat).
  • Selepas lafaz doa, tutup doa tertsebut dengan membaca selawat 3 kali.
  • Selain itu, amalkan membaca "YA MUTAKABBIR" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali bagi suami sebelum memulakan hubungan kelamin.
  • Manakala isteri pula hendaklah membaca "YA AWWAL" (Yang tiada permulaan adaNya) sebanyak 333 kali setiap hari.
  • Isteri juga hendaklah membaca setiap hari "YA ZALJALAALI WAL IKHRAM" (Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan) sebanyak 11 kali dan tiup di dalam air kemudian tersebut perlulah diminum.

Amalan ini perlu dilakukan secara berterusan selagi usaha belum menunjukkan hasil. Janganlah berputus asa kerana sesungguhnya Allah S.W.T amat memurkai orang yang mudah berputus asa. Semoga usaha yang dilakukan akan membuahkan kejayaan dan dikurniakan anak soleh yang membuka pintu syurga kepada kedua ibubapanya. Insyaallah.      


******************************************
SUMBER: MAJALAH PA&MA JANUARI 2013 (PAGE: 149)