ULike

banner

Tuesday, October 9, 2012

MENGIDAM vs MENGADA


Pakar nutrisi percaya yang mengidam merupakan petunjuk bahawa badan kekurangan zat-zat makanan tertentu. Pakar herba percaya yang kekurangan mineral magnesium dalam badan akan menimbulkan keinginan untuk makan coklat. Mengidam untuk makan daging memberikan petunjuk bahawa badan memerlukan protein. (SUMBER).

Sepangjang 14minggu ni, aku pn ade gak la alami rase mengidam ni... tapi takde la sampai menyusahkan diri sendiri...baby pun faham keadaan mama dia ni....gud baby....setakat ni baru 3 benda yang aku rasa nk makan....first aku rase nak makan 'colek pelam muda'....aku bernasib baik sebab umah ma aku ade benda ni....hahaha....dan aku gak bernasib baik sebab ade ofismate yang sangat prihatin....siap bawak mangga dari umah dia lagi untuk aku.....mekaseh pok ya ye..


(ni yang ofismate bagi)

Lepas tu boleh pulak aku mengidam nak makan MASAK LEMAK TEMPOYAK PUCUK UBI.....hahaha...dan terpaksa la aku balik umah ma aku last weekend mintak dia masakkan untuk aku...time kasih ma....sayang ma sangat2....pucuk ubi lak amik kat kebun kat umah je...tak yah susah-susah nak pegi pasar...pucuk ubi ni lak credit to kak cik & abg cik sebab tanam ubi kayu kat kebun...hehehe...aku juz kene pegi kedai beli petai je pun....sedap hingga menjilat jari...bab masak lak semestinya masterchef yg masakkan....aku tukang tengok la...superbbbb & terbaikkk!!!!


(credit to mr gugel)

setakat arini, bende yang aku nak makan ialah DRAGON BALL a.k.a DRAGON FRUIT...ngeee~...yang ni agak sadis sikit sebab kena bersusah payah sikit baru dapat makan....dah beberapa ari aku nak makan buah ni....abis sekitar bandar kemaman aku carik...memang tak jumpa...time aku tak nak makan tu,ade je buah ni tersengeh kat pasar....naik menyampah aku tgk...bila aku nak je,terus dia menghilang.....dah macam dragon ball pn ade....kak long siap bagitau kat pasaraya nirwana ade...bila aku pegi memang la ada...tapi buah nya tak elok...dah macam nak busuk...so,terus cancel nak beli....besok nya bila pegi ofis, aku ade tanya membe ofis kat mane nk carik buah ni....then, ade budak contract ni inform yang biasa nya kat pasar malam kerteh ni ade jual & aku sangat bertuah kebetulan aritu ari pasar malam....TAPI buat penat je pegi sane....buah nye takde...frust jugak la....tp aku pegi cari kt mesra mall (Pasaraya TMC)....dan mmg buah tu ada tersengeh sambil melambai-lambai ke arah aku....dengan muka tersengehnya,aku terus mennyambar 4bijik buah tu.. (2 bijik untuk aku, 2 bijik lagi untuk kak long)...balik umah lps magrib baru aku makan...sedapppp.....dan dalam pukul 10malam tu ade pulak membe aku datang hantar lagi 4 bijik buah naga ni...dah rezeki baby agakya....time kasih kak ja sebab beli kan....yela yang aku beli kt TMC tu isi putih...yang kak ja beli ni isi pink..sekarang ni pun aku tengah makan buah ni....memang puas hati la dapat makan....

(mekaseh kak ja)

Ni baru 3bulan pregnant..nak boleh tunggu sampai 9 bulan,bende ape lagi la yang aku nak makan...branch manager aku cakap, kalu makan sikit tu memang mengidam..tapi kalu dapat makan banyak tu dah tak name mengidam tu dh mengada...hahaha....tapi aku sangat bersyukur sebab dapat makan mende yang aku rasa nak makan...











Monday, October 1, 2012

ALAHAI ALAHAN


Sekarang ni kandungan dah berusia 12minggu (3bulan). Usia kandungan aku ni ditentukan mengikut scan yang doktor buat masa check up on 20 September 2012 (kalu tak silap la). Sangat la aku teruja bila mase scan tu doktor suh baby betulkan kaki...dah macam cukup sifat dh baby tu....Alhamdulillah....lagi sebulan setengah nk scan lagi utk tengok kondisi baby....Harap-harap baby sihat....

Alahan???...morning sickness???...Bile orang tanya aku ade alahan ke tak....jawapan aku mesti berubah-ubah...hehehe...Mane tak nye...kadang-kadang rase macam ade...tapi kadang-kadang macam takde....tapi aku rase macam ada alahan tapi takde la teruk sangat. 

Antaranya ialah (dah macam jwb soklan exam jek)....
  1. Pening - yang ni wajib rase setiap hari
  2. Rasa loya. - kadang-kadang tu sampai muntah....tapi yang paling teruk aku muntah lepas aku pegi check up on 30 September 2012. Sampai je ofis,abis susu & buah pear yang aku makan keluar....sekarang ni lak aku takleh nak makan banyak....if makan banyak je,mesti nak termuntah....
  3. Angin - setiap hari mesti nak sendawa / kentut...tapi sendawa la yang paling banyak....angin ni gak antara penyebab aku pening....if ade Inchik Suami mesti dia tolong urut....huhuhu....
  4. Sakit Pinggul Belah Kanan - asal dekat-dekat nak asar (petang) mesti rasa sakit dekat punggung belah kanan....tp bila aku tanya nurse, dia cakap ni effect dari aku duduk terlalu lama...Lagi satu maybe sebab aku drive jauh everyday (perjalanan pegi kerja memakan masa sejam).
  5. Kejang Kaki - sepanjang pregnant ni, baru sekali kaki aku kejang & I was so lucky sbb Inchik Suami ada masa tu...terkejut dari tidur sebab kejang...mula-mula tu boleh handle lagi la...tapi last-last terjerit gak sikit....nasib la Inchik Suami ni jenis senang tersedar...dia la yang tolong reda kan kekejangan tu....terima kasih ye bang....love u so much...
  6. Tak Boleh Bau Orang Menumis - haaaa....yang ni pn aku alami.....kalu mak mertua aku menumis je....aku mesti tutup hidung sambil dahi mesti berkerut.....tapi aku ni takde la pulak bagitau mak mertua aku tu yang aku takleh nak bau...tak sampai hati la nak bagitau....aku kan menantu yang baik....(euwwww...perasan seh!!!)...
  7. Cepat Letih - yang ni bukan aku je kot yang rasa...sume mummy to be kot rasa...
Walaupun aku ada alahan tapi aku bersyukur sebab tak teruk....aku masih boleh buat aktiviti harian macam biasa...kadang-kadang tu aku siap berlari lagi...tapi takde la lari pecut...hahahaha....
Tapi yang jadi masalah aku sekarang ni berat badan aku....mase first check up aritu, berat aku 56kg....lepas sebulan, aku pegi check up untuk kali ke dua, berat aku turun sekilogram jadi 55kg....So, aku kene check up selang 2minggu untuk nurse monitor berat aku. Dan last aku check up berat aku maintain...Naik pun tak, turun pun tak....haiiiyaaaaaaa.....come on Nur Izziani, tolong pastikan berat ko naik untuk next 2 weeks ni....penat dh ulang alik ke klinik ni.....Nasib baik nurse tak membebel sebab berat macam tu...diorang pun faham sebab aku ni kurang selera makan & rase nak muntah je slalu...Thank U nurse sebab memahami~



Sunday, September 16, 2012

Apakah Ini Semua?...

Hmmmm......adakah ini kesan pembawakan baby?....

Lately ni aku slalu je rase nk layan Shah Rukh Khan la, Hrithik Roshan la, Rani Mukherjee la, Kajol la, Kaho Na Pyar Hai la, dan macam-macam jenis hindustan lagi....hahahaha.....tapi syok gak dapat layan lagu-lagu hindustan time buat keje kn....skali skale je kot....bukan sokmo....dalam sehari tu mesti ade la pasang lagu hindustan....ngeee~~....

...Jum kite layan gambar-gambar sikit...












Tuesday, September 11, 2012

KOPI








ADAKAH ANDA PENGGEMAR KOPI???
 

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.
Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.

Kalau anda suka kopi, anda tidak sendirian. Lebih dari 400 milliar cangkir kopi dikonsumsi setiap tahun, sehingga menjadikannya sebagai minuman paling popular di dunia. Di Amerika saja, 107 juta orang (52% dari jumlah populasi) meminum kopi secara rutin setiap hari. 57 juta orang lainnya meminum kopi beberapa kali seminggu. Dan kalau dulu kopi rata-rata digemari orang tua, kini peminum kopi terbanyak ialah orang berusia 18-39 tahun.

1) - Mari kita lihat fungsi yang baik dari kopi :

Kopi selama ini dikatakan sebagai minuman yang berguna untuk menambah energi dan membuat orang berjaga dari mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama dalam kopi ialah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairan setiap peminum kopi dalam jumlah wajar (1 – 3 cangkir), tubuh kita terasa segar, bergairah, daya pikir lebih cepat, tidak mudah lelah atau pun mengantuk.
Kafein acap kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Pasalnya, kafein memiliki kemampuan mempersempit pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala dapat ditanggulangi.

Lebih jauh, kafein dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara fisiologis, tubuh orang kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika berolahraga dibanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber energi, sehingga kadar gula darah cepat merosot. Ini sebabnya orang gemuk merasa lapar berlebihan setelah berolahraga dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan minum 3 cangkir kopi perhari, tubuh orang gemuk termobilisasi untuk membakar lebih banyak timbunan lemak selama berolahraga. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber energi siap pakai berupa asam lemak. Hal ini mendorong tubuh lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Yang perlu diperhatikan hanya sukatan gula yang ikut masuk bersama kopi.

2) - Kopi bergula tingkatkan prestasi otak :

BARCELONA, Sepanyol - Satu kajian menunjukkan minum secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan kemampuan otak. Saintis-saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula pada masa yang sama meningkatkan prestasi otak. Para penyelidik kini percaya kafeina dan gula itu meningkatkan fungsi otak seperti daya ingatan.
Hasil kajian itu diperoleh selepas 40 sukarelawan diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak.
Jurnal Human Psychopharmacology: Clinical and Experimental menyiarkan hasil kajian saintis tersebut. Menurut kajian itu, kopi manis merupakan cara terbaik untuk menyediakan otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan

3) - Khasiat sebaik aroma :

Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. KANDUNGAN kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. JIKA orang Jepun menikmati kebaikan teh, orang Perancis mendapat khasiat daripada wain merah, orang Amerika Syarikat pula (AS) boleh berasa segar dan sihat dengan kopi. Walaupun kopi bukanlah berasal dari negara itu, tetapi populariti minuman tersebut di AS semakin besar sehinggakan secara purata, seorang rakyatnya dikatakan mengambil lebih 200 gram kopi sehari.

Namun hakikatnya, sebelum menempa populariti di AS, kopi sebenarnya telah menjadi minuman harian di kebanyakan negara lain termasuklah Malaysia. Hari ini, populariti kopi di AS menjadi pemangkin kepada lebih banyak kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh saintis untuk melihat kebaikan dan keburukan di sebalik minuman dari buah kopi yang berwarna kemerahan apabila masak. Salah satu hasil kajian yang dijalankan sejak lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang melindungi seseorang daripada penuaan yang menjadi satu lagi nilai tambah kelebihan kopi.
Faktor tersebut didorong oleh beberapa perkara terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi, contohnya mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.

Menurut penyelidik nutrisi, Michael Leitzmann, hasil kajian mendapati kumpulan responden yang mengambil minuman kopi secara teratur dalam tempoh kajian selama lima tahun mendapati kurang 80 peratus risiko daripada mereka diserang parkinson.
Selain itu, hasil kajian gabungan dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan menjadi antioksida mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok. Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan, antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.
“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang disedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. Antioksida membantu mengurangkan kemungkinan serangan kanser, jantung dan strok,” katanya.
Atas manfaat itu, Dr. Vinson mencadangkan kepada orang ramai agar menikmati secawan kopi sehari.

“Secawan sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif.Namun, katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar.

“Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan. “Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,” kata Vinson.

Thursday, September 6, 2012

SURAH-SURAH AMALAN UNTUK IBU MENGANDUNG


Insyaallah akan diamalkan sepanjang pregnant ni......Moga semuanya berjalan lancar...AMIN~

PANDUAN MENDIDIK ANAK

1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak menjadi bertambah degil dan nakal dan serta tidak boleh control.

3. Rotan/pukul anak ditelapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4.  Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5. Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (berikan pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8. Janganlah mengharap anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak kan kembali).

10. Di dalam membesar dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11. Dengarlah cerita anak anda kerana cerita itu tidak lagi akan anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).

12. tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut ulang tahun hari lahirnya. Sediakanlah hadiah hari lahirnya yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16. Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesanyangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun, dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

"Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkanya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi".


*********************************************************









Tuesday, August 28, 2012

Kurus VS Gemuk

Kurus ke gemuk ke yang penting sihat & jauh dari segala penyakit. tapi kali ni aku bukan nak share pasal orang gemuk or orang kurus...tapi aku just nak bagi pandangan la kan....lately ni aku tengok ramai sangat orang duk promote produk-produk untuk kuruskan badan....tapi yang amat menarik minat aku ialah, si promoter ni takde la kurus mane pun.....so, macam produk tu takde function la kan?....aku bukan nak kate orang tu gemok tapi cuba korang imagine ea.....korang ade jumpa 2 orang promoter yang jual produk pelangsingan badan...sorang tu kurus & lagi sorang tu gemuk...wic one do u prefer to choose?....bagi aku la kan, ofkos la aku akan pilih promoter yang kurus sebab macam dah terbukti barang yang die promote tu berkesan untuk diri dia sendiri.....ngeeee~...peace yooo!!!