Insyaallah akan diamalkan sepanjang pregnant ni......Moga semuanya berjalan lancar...AMIN~
Thursday, September 6, 2012
PANDUAN MENDIDIK ANAK
1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.
2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak menjadi bertambah degil dan nakal dan serta tidak boleh control.
3. Rotan/pukul anak ditelapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah
s.a.w.
“Berguraulah dengan
anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka,
bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau
usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan
ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5. Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).
7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (berikan pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8. Janganlah mengharap anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak kan kembali).
10. Di dalam membesar dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11. Dengarlah cerita anak anda kerana cerita itu tidak lagi akan anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).
12. tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut ulang tahun hari lahirnya. Sediakanlah hadiah hari lahirnya yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16. Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesanyangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun, dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
"Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkanya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi".
*********************************************************
Note: S.U.M.B.E.R
Tuesday, August 28, 2012
Kurus VS Gemuk
Kurus ke gemuk ke yang penting sihat & jauh dari segala penyakit. tapi kali ni aku bukan nak share pasal orang gemuk or orang kurus...tapi aku just nak bagi pandangan la kan....lately ni aku tengok ramai sangat orang duk promote produk-produk untuk kuruskan badan....tapi yang amat menarik minat aku ialah, si promoter ni takde la kurus mane pun.....so, macam produk tu takde function la kan?....aku bukan nak kate orang tu gemok tapi cuba korang imagine ea.....korang ade jumpa 2 orang promoter yang jual produk pelangsingan badan...sorang tu kurus & lagi sorang tu gemuk...wic one do u prefer to choose?....bagi aku la kan, ofkos la aku akan pilih promoter yang kurus sebab macam dah terbukti barang yang die promote tu berkesan untuk diri dia sendiri.....ngeeee~...peace yooo!!!
Monday, August 27, 2012
REKOD KESIHATAN IBU
Buku rekod kesihatan ibu.....hhmmmm......syukur sangat2 finally aku dh official register ngn Klinik Kesihatan semalam (27 August 2012). Kandungan pn dh berusia 10weeks. Stakat check up semalam, kesihatan aku normal. Tu yang pelekat tu kaler putih....Tapi still kene jage kesihatan la....takleh nk buat keje berat2....tapi bile dah name nye degil bin degul kn, mesti la nak buat gak....hahahaha.....susu pun aku tak minum lagi....ade beli, tapi En Suami yg minum....hahahaha....makanan feberet stakat ni merupakan asam-asam & jeruk-jeruk (yg ni mmg feberet sejak azali lg dh)....nurse advice semalam suh banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan....ok la....tapi bile part nak kne makan ubat tu yang susah sikit.....semalam dah tido pn, En Suami kejutkan suh makan ubat....aku saje buat-buat lupa...hahahaha...hampeh kn?....aku ni memang alergik ngan ubat ni.....fuuuuhhhhhhh.....tapi apa-apa pun aku juz arap kandungan ni selamat....
p/s: next appointment on 23 September 2012.
Sunday, August 12, 2012
REZEKI BULAN RAMADAN
Korg tau tak gambar ape kat atas tu?..(gmbr credit to mr gugel)....bagi yang ade pengalaman tu mesti la korg tau kan...tu la keputusan POSITIVE pregnant bile gune pregnancy test.... Alhamdulillah...syukur sangat2 sebab aku baru je alami perasaan ni....
Pada 7 Ogos 2012 (Selasa) bersamaan dengan 18 Ramadan aku tergerak hati nak beli bende ni sebab aku rase pening & loya dh 2 hari....lepas beli je terus aku cek & FYI mase tu aku kat ofis....Alhamdulillah....dengan muke tersengih2 kuar dari toilet ofis...klaka pan ade gak bile fikir balik.....dan2 tu gak hantar mesej kat hubby mintak call konon2 urgent....tak sampai 5menet hubby call...lps bagitau hubyy,hubby speechless...mebi die tak tau nak kate ape kot....hahaha....
Ni aku belum pegi buat format checking kat klinik la sebab nak tunggu hubby balik dulu & then pegi sama2 ngan die...after raya la nampak nya aku buat formal checking sebab hubby balik sehari sebelum raya.....arap2 hubby selamat sampai & dapat beraya dengan aku...first time ni nk raya as a wife.
Aku harap aku dapat bertahan selama 9bulan demi baby aku....ni pun tiap2 pagi mesti rase pening n loya...tp takde la sampai tahap muntah.....Insyaallah puasa penuh this year.....puasa pun ade beberapa hari je lagi...dah tak sampai seminggu dah.....
SYUKUR PADA MU YA ALLAH...
Monday, August 6, 2012
DOA UNTUK ANAK CERDIK PANDAI
Doa untuk memohon Allah agar anak menjadi seorang yang cerdik dan pandai. Mudah-mudahan dengan izin-Nya...aminnn....
DOA PEMBUKA DUA BELAS PINTU
Doa
ini bagi memohon agar dimudahkan segala urusan kita pada setiap hari.
Siapa yang belum bertemu jodoh, yang inginkan keberkatan hidupnya
setiap hari, digalakkan untuk membaca doa ini setiap hari apabila
hendak keluar dari rumah. Dan jadikanlah doa ini amalan lepas solat.
Yakinkan dalam hati apa yang anda inginkan. Insya-Allah akan berhasil
hajatnya. Paling penting sekali, moga mendapat rahmat dan keberkatan
dari-Nya setiap hari. Amiin. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)







